Khamis, 30 Disember 2010

Cerpen-Kitab Buruk ( I )

   Suasana di dalam pejabat sunyi sepi melainkan bunyi desiran lembut daripada alat penyaman udara. Hanya bunyi helaian kertas diselak diikuti suara keluhan sahaja yang kedengaran di dalam pejabat yang snyi itu. Kertas diselak lagi. Mata yang semakin kuyu dibuka luas-luas, tetapi ternyata Hafiz tetap tidak dapat melawan rasa mengantuknya. Kedengaran pula hembusan nafas keletihan berbaur dengan keluhan yang tidak bermaya.

   Jam berdenting sebanyak 6 kali menandakan waktu pada masa itu pukul 6 petang. Kebiasaaannya, semua pekerja di pejabat akan pulang ke rumah apabila pukul 5 petang, tetapi pada masa itu, Hafiz, Faiz, dan Encik Halim terpaksa berada di pejabat bagi menyiapkan kerja yang belum habis.

   "Huh", Hafiz mengeluh panjang. "Ngantuknya mata aku, kenapalah aku mesti terus berada di pejabat walaupun sudah pukul 6 petang sedangkan semua pekerja yang lain sudah pun pulang ke rumah masing-masing", rungut Hafiz dalam hatinya.

   Hafiz menutup fail-fail yang disemaknya sebentar tadi. Dia terus bersandar di kerusi kusyen yang lembut akibat terlalu letih dengan kerjanya yang tidak habis sejak dari pagi tadi. "Nasib baiklah Faiz masih belum pulang ke rumah lagi. Kalau tidak, terpaksalah aku kena tinggal berdua dengan orang tua cerewet tu dalam syarikat yang macam kandang ni", rungut hati Hafiz lagi sambil menghina majikannya itu.

   "Hafiz!", suara tengkingan Encik Halim memecahkan suasana sunyi di dalam pejabat Hafiz. Hafiz yang hampir terlena bingkas bangun apabila terdengar jeritan yang memekakkan telinganya itu. Di hadapannya, kelihatan seorang lelaki berbadan tegap, berusia dalam lingkungan 40-an, bercermin mata dan berpakaian kot hitam. Itulah dia Encik Halim, majikan Hafiz dan sering digelar sebagai orang tua cerewet oleh kebanyakan pekerja syarikatnya.

   Melihat muka majikannya yang bengis, Hafiz seolah-olah sudah tahu akan tujuan majikannya menyerbu masuk ke biliknya pada petang itu."Hafiz, laporan apa yang kamu berikan kepada saya ini?", tengking Encik Halim. "Saya minta kamu sediakan laporan kewangan syarikat kita pada bulan ini, bukannya kontrak Syarikat Bumiputera Holdings dengan syarikat kita. Macam mana kamu boleh melakukan kesilapan yang begitu besar", tengking Encik Halim lagi dengan muka yang bengis. Hafiz hanya mampu berdiam diri apabila majikannya membentaknya seperti itu.

   "Kamu ni nak kerja lagi ke tidak. Kalau kamu dah tak suka lagi bekerja di syarikat ini, kamu boleh kemas barang-barang kamu dan berambus dari sini, saya pun tak perlukan pekerja cuai macam kamu. Tetapi kalau kamu mahu terus bekerja di sini, kamu mesti melakukan semua arahan saya dengan sempurna, kamu faham tak?!", tengking Encik Halim lagi. Hafiz mengangguk tetapi api kemarahan dalam dirinya semakin membara cuma tidak ditunjukkannya sahaja kepada Encik Halim lagi. Hafiz menggenggam tangannya dengan erat, ingain sahaja dia membelasah majikannya itu tetapi tidak berday kerana dia masih ada perasaan hormat lagi kepada majikannya.

   "Ingat, saya tidak mahu awak membawa sebarang masalah peribadi awak ke pejabat. Kalau awak ada masalah, awak boleh selesaikannya di rumah awak, bukan di pejabat", sambung Encik Halim lagi dengan nada yang agak rendah sedikit. "Sudah, sekarang ni saya mahu awak siapkan laporan itu dan saya mahu laporan berada di atas meja saya selewat-lewatnya pada pukul 9 pagi esok, faham!", tengking Encik Halim lagi lalu meninggalkan pejabat Hafiz. Muka Hafiz kelihatan merah padam akibat jengkel dengan kata-kata Encik Halim. Dengusan nafasnya pendek dan singkat. "Sabar sajalah Hafiz", Faiz menenangkan Hafiz yang sedang marah setelah kejadian yang berlaku sebentar tadi. Hafiz masih tidak dapat menenangkan dirinya lagi, matanya melilau ke kiri dan ke kanan seperti mencari sesuatu untuk melepaskan kemarahannya itu. Namun, nafasnya yang pendek dan tersekat-sekat beransur tenang ketika matanya bertembung dengan lelaki tua yang sedang tersenyum di sebalik bingkai gambar.
   "Abi.......".

  

Khamis, 23 Disember 2010

rindunye..........

hurm.............rindu btol aq kat kwn2ku di pg.......nak pegi sane kene sedia mcm2.....cth yg pertama : kene bwk duit yg secukupnye...kalo tak de duit tak blek la aq......hahaha......kedua : tak tau nak tido kat mane....tak kan nak tumpang tido kat umah kwn plak.....tak tau lagi  keluarga kwn aq nak sediakan tmpat tido, mknan, dan sebgainye untuk aq.....lagipun keluarga diorg tak knal sgt aq nie.....adoi.....ketiga : kalo gi sane nak naek ape...?????.........lesen moto ade.....tpi tkut moto yg cari psal nanti......kalo rosak tepi jln mati aq...nak mimtak tlg kat sapew.....hurm....tak pe la......yg penting kwn2 aq disana sihat2 sejahtera dan moga2 diorg masih ingat kat aq.....aq rindu kat korang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


*pg -> pasir gudang

Selasa, 21 Disember 2010

al kisah......

assalamualaikum....sye org bru di sini.....erm....nak ckp ape eak.....kalo nak tau nama saye gi kat profil saye.....mlz nak bgtau.....haha....tu je yg saye nak katakan....